Untuk tahun 2011, semua ambilan pegawai skim gred 41 harus melalui sistem baru ambilan kerajaan iaitu melalui ‘profiling’ setelah diumumkan sistem MyRecruitment. Sebenarnya sistem ini sudah pun mula dijalankan sejak tahun 2009 dan pada tahun 2010 telah melibatkan 12 jawatan gred 41 termasuk Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan lain-lain. Cuma tahun 2011 ini diperluaskan kepada semua 17 jawatan dan jawatan-jawatan yang diklasifikasikan di bawah ‘Bakat dan Seni’

17 jawatan tersebut adalah;

  1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41;
  2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41;
  3. Akauntan Gred W41
  4. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41;
  5. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41;
  6. Pegawai Siasatan Gred P41;
  7. Penguasa Bomba Gred KB41;
  8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
  9. Penguasa Penjara Gred KX41;
  10. Pegawai Penguat kuasa Gred N41
  11. Penguasa Kastam Gred W41
  12. Pegawai Tadbir Gred N41;
  13. Pegawai Arkib Gred S41;
  14. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41;
  15. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41;
  16. Pegawai Psikologi Gred S41;
  17. Pegawai Penerangan Gred S41;

Melalui sistem MyRecruitment ini, calon harus melepasi 4 tapisan sebelum dilantik menjawat jawatan ini;

- tapisan online, semasa isi borang. Calon tak layak akan terus dibuang
– ujian bertulis termasuk ujian sahsiah dan minat
– assessment center
– temuduga

Semua ini bertujuan untuk menapis calon yang benar-benar layak bagi menjamin kualiti pegawai yang dilantik selain menampilkan ketelusan dalam pemilihan pegawai. Jadi seharusnya tidak muncul lagi isu ambilan kerana ‘kabel’, ‘kroni’ dan seumpamanya kerana 3 tapisan wajib ini harus dilalui sebelum sampai ke temuduga. Ke arah lantikan pegawai perkhidmatan awam yang berkualiti!

Our Random Articles

More Links