Setelah keputusan peperiksaan Gred 41 diumumkan, masih ramai yang tertanya-tanya apakah langkah seterusnya. Adakah semua jawatan terpaksa melalui Programme Assessment Center atau ringkasnya PAC atau hanya jawatan-jawatan tertentu sahaja. Buat masa ini, hanya jawatan gred M41 Pegawai Tadbir Diplomatik sahaja yang dioanggil untuk sesi PAC Julai ini. Itu maklumat rasmi dari SPA sendiri. Tetapi untuk jawatan lain masih ada makluman.
Perjalanan PAC sebenarnya diuruskan oleh pihak INTAN dan bukan SPA dan ianya merupakan modul yang disusan dan dilaksanakan oleh INTAN sendiri di cawangan INTAN seluruh negara. Pelbagai modul akan dijalankan mencakupi modul pengucapan umum, ujian fizikal, kerja kumpulan dan lain-lain modul yang dirangka khas untuk menguji tahap keupayaan dan kelayakan calon. Apa yang perlu ialah calon harus membuat persediaan yang rapi dan jangan sekdar pergi sambil lewa tanpa persediaan. Sebagaimana anda pergi ke peperiksaan bertulis, seperti itu jugalah anda harus bersedia kerana PAC juga masih dianggap ujian sebelum anda berjaya ke sesi temuduga.
Our Random Articles
- Keputusan Peperiksaan Gred 41?
- Kenapa Nak masuk Perkhidmatan Awam?
- Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Skim Gred 41
More Links







No Comment